Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, April 17, 2009

Hari Lahir yg ke 30..17 April 2009

Assalamualaikum..

Kehidupan adalah suatu yang susah hendak ditafsirkan. Tiada pernah ada kesudahan. Setiap hari adalah suatu pembaharuan. Suatu permulaan... cerita buat seseorang insan.
Manusia bagai karakter bernyawa. Memainkan peranan dalam sandiwara dunia. Masalah datang untuk menduga. Keimanan insan yang bergelar manusia. Adakah tabah... ataupun kecundang. Manusia tentukan nasibnya. Allah berikan yang terbaik untuknya.


Tiap saat yg berlalu tak mungkin dapat diulang kembali..

no such thing as jam Doraemon , Nobita’s secret drawer and no such thing like time machine shown in ‘back to the future’..never..

Ada orang kata, makin banyak hadiah makin orang sayang tandanya..Saya tak kisah (erti kata hadiah bukan tanda kasih)…itu bukan menjadi matlamat…Siapa yang memberi, ku tahu ikhlas dari hati..kepada yang tidak, ku tahu doa mengiringi..

Apa lagi yang menjadi kebanggaan dunia bila ku terkenang bicara ini..“you can’t take it when you GO”

So, setelah ntah apa apa ntah bebelan saya, apa pula erti ulang tahun kelahiran bagi saya?

Dulu, saya seperti kanak-kanak yang lain..menanti ulangtahun kelahiran dengan hadiah dan ucapan rakan-rakan dan orang tersayang..asyik mengira hari untuk tiba saat istimewa itu..

Tapi tidak kini setelah erti hidup mengajar saya..

Ulang tahun kelahiran bukan milik saya..bukan memori saya tetapi flash back pengorbanan seorang ibu yang mengandung selama 9 bulan dengan penuh dugaan dan kesabaran..malah, ulangtahun kelahiran ini menjadi saksi pengorbanan mama melahirkan saya..bersabung nyawa demi anakmu yang tercinta..

Its true, saya jaguh dari jutaan sperma yang turut ‘mahu’ disenyawakan..namun sungguh benar lagi bahawa semua itu dengan kehendakNYA..dan asal saya seperti dalam Quran hanyalah dari setitis air mani..

Ulangtahun kelahiran saya mengimbau pengorbanan Mama dan Papa yang membesarkan..lantas bertambahlah kasih sayang pada mereka..

Secara logik, lumrah sesama manusia, sebagai anaklah yang kena bagi hadiah kepada ibu dan ayah tapi sayang seribu kali sayang, apa yang berlaku kini sebaliknya, yang berlaku bila tiba hari ulangtahun kelahiran kita..
pernahkah kita mendahulukan hari ulangtahun bersejarah itu dengan ucapan penghargaan buat insan istimewa ini selagi hayat mereka masih ada????

Buat Mama dan Papa, tiada yang lebih indah dari mengetahui diriku adalah milik kalian..darah yang mengalir dalam tubuh ini adalah dari kalian berdua..tiada ucapan penghargaan mahupun hadiah yang setanding untuk diberikan namun doa buat Mama dan Papa akan terus ku kirimkan..setiap pesanan yang diberikan akan sentisa menjadi bekalan dalam menjalani hidup ini..moga keluarga yang dibina menjadi hadiah yang paling berharga buat kita semua..

Ya ALLAH, di hari ku mengenang kebesaranMU dan kehebatan 2 insan dalam hidupku, membesarkan ku,..ku mohon padaMu kurniakan bagi mereka kesejahteraan dunia dan akhirat..pengampunan dan keselamatan dari bencana dan azab dunia dan juga akhirat..kurniakan mereka keteguhan iman dan syurgaMU. .

Juga di hari ini, ku mohon padaMU... sampaikanlah diri yang kerdil ini kepada kesempurnaan rukun ISLAM dan rukun IMAN..

Ya ALLAH, rahmatilah insan-insan yang bersamaku di waktu susah dan senangku..tempatkan mereka dalam golongan yang Engkau rahmati dengan nikmat iman dan Islam..diri yang lemah ini memohon perlindungan daripadaMu... dari fitnah (syirik) akhir zaman dan dari segala macam fitnah yang boleh menggugah imanku..

Buat suami yang tercinta, terima kasih tidak terhingga...juga buat rakan-rakan yang tidak pernah lupa ulangtahun kelahiranku...


juga padaMu Ya Allah...ku mohon keberkatan dan keredhaan usiaku yang dipinjamkan olehMu..amin...

Monday, April 6, 2009

ERTI SEBUAH PERKAHWINAN yang dibina...dedicated to my lovely wife Shareida Mohd Saleh

Bulan ini (April 2009), sudah 2 tahun 7 bulan berumahtangga, bergelar suami kepada seorang isteri. Sungguh pantas masa berlalu. Diri ku dan isteri menempuh kehidupan yang penuh dengan pelbagai teladan dan sempadan.

Cabarannya memang besar

Cabaran pertama adalah soal harga diri. Kami menilai kehidupan dengan penilaian yang sama dan di situlah keserasian serta persamaan itu wujud. Namun kehidupan ini tidak seideal itu. Kami perlu berhadapan dengan persepsi masyarakat. Seandainya kami mudah tergugat oleh "apa yang difikirkan oleh orang lain", maka tentunya kami akan keletihan menangkis sinis dan sindiran yang ada. Apalah yang ada pada sebuah perkahwinan, jika ukurannya adalah pada sebuah kebendaan? Apakah yang mampu ditawarkan oleh seorang suami seperti diri ku kerana diri ku tidak pernah menjanjikan kekayaan buat dirinya. Kami saling menerima, atas realiti itu.

Cabaran kedua adalah soal komitmen kerja. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kehidupan berumahtangga adalah sesuatu yang amat mencabar bagi seorang guru. Khususnya isteri ku, tempat dia bertugas sentiasa penuh dengan aktiviti, tidak termasuk hari persekolahan Isnin-Jumaat yang wajib. Diri ku, seorang suami kepada seorang guru yang lebih banyak ditinggalkan kerana jadual sekolah yang tidak berperi kemanusiaan. Bayangkan, hampir setiap Sabtu, isteri ku perlu ke sekolah, menjalani aktiviti kokurikulum, kelas tambahan atau aktiviti lain yang katanya tidak boleh dilakukan pada waktu persekolahan.

Rutinnya begitu, menyebabkan dia tidak berpeluang ke Kuala Lumpur, untuk melawat ku di sana. Biar diri ku saja yang datang melawat isteri di Johor Bahru. Itu lebih baik dan melegakan.

Sanggupkah diri ku dan dirinya untuk berhadapan dengan semua itu?

Bersyukur. Ketika membuat keputusan untuk berumah tangga , apa yang difikirakan ialah peluang untuk menjalani kehidupan yang lebih bahagia. Amat gembira membayangkan betapa gembiranya dapat memasak yang sedap-sedap untuk isteri (sudah jemu untuk menjamu kawan-kawan bujang yang tidak pernah kenyang). Sungguh gembira membayangkan suatu hari nanti jika ada rezeki, diri ku dapat mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak. Malah paling menggembirakan, perjuangan ku di alam pekerjaan dapat dikongsi bersama seorang isteri. Ia menyempurnakan sudut kehidupan seorang lelaki.

TUJUAN BERUMAHTANGGA

Tanpa disedari, mendapat kekuatan untuk menerima kehadiran seorang isteri yang bakal sibuk, maha sibuk. Kekuatan itu datang dari satu prinsip hidup ku yang penting, " ERTI HIDUP PADA MEMBERI".

Ya benar, mahu berumah tangga bukan untuk menerima, berumah tangga kerana mahu memberi. Memberi kasih sayang, memberi perhatian, memberi nafkah, memberi kebaikan. Semuanya itu adalah peranan suami di dalam sebuah rumah tangga. Dan seandainya diriku menerima apa-apa kebaikan dari isteri, semuanya mengundang rasa syukur, walau sekecil mana sekali pun kebaikan itu.

"Dalam soal berumah tangga, janganlah terlalu memilih dan hanya mencari yang paling sempurna. Jika kita mahu yang paling sempurna, maka nanti apabila kita membuat keputusan untuk menerima seseorang, kita menganggapnya sebagai seorang yang sempurna. Jika rumah tangga dibina atas fikiran seperti itu, kita tidak expect sebarang kekurangan. Maka selepas berumah tangga, hanya kekurangan isteri sahajalah yang sering terlihat di mata, kerana kita menjangkakan kesempurnaan. Terimalah seseorang, seadanya. Kebaikannya disyukuri, kekurangannya diredhai".

DIIJABKABULKAN

Setelah bertunang, kami diijabkabulkan pada 1 September 2006. Dengan hanya sekali lafaz, sahlah hubungan kami sebagai suami dan isteri, seperti yang kami doakan.

Kami tidak berpeluang untuk tinggal bersama sebumbung, isteri di Johor Bahru dan diri ku pula di Genting Highlands ketika itu. 3 minggu selepas kenduri, dengan linangan air mata, dirinya merestui kepulangan ku ke Kuala Lumpur. Lebih kurang setahun juga, kami hanya berjumpa sebulan sekali..sungguh tersiksa. Bila pulang bercuti, rutin harian ku menyediakan segala-galanya untuk isteri..seawal 6.45 am menghantarnya ke sekolah..kerja2 rumah...ala menjadi Mr. Mama... :)

Namun bersyukur kerana mempunyai serba sedikit keupayaan untuk menguruskan rumah tangga. Memasak, menghantar makan kepada isteri tepat pukul 10 am seandainya beliau teringin nasi goreng kampung dan seterusnya menguruskan hal ehwal rumah. Mind-setting berumah tangga untuk memberi , amat kuat dalam membekalkan rasa gembira di sepanjang pengalaman itu.

TERPISAH

Kami sentiasa berjauhan. Ia tidak mudah. Namun kerana 'ada'nya Allah, kami saling merestui pengorbanan ini. Seperti yang tertulis di dalam lirik nasyid, "Bertemu tidak jemu, berpisah tak gelisah".

"Pertemuan menghadiahkan kita kasih sayang

Jika cinta satu pasti bertemu

Ia tidak ternilai

Kerana di antara hati kita

Telah tiada antaranya lagi

Yang ada hanya cinta kasih Ilahi

Kita berpisah hanya sementara

Kerna pertemuan bukan milik kita

Jasad dan suara berjauhan sentiasa

Namun cinta abadi

Biar berpisah selalu menderita

Kerna syurga menagih ujian

Sedang neraka dipagari oleh nikmat

Bertemu tidak jemu

Berpisah tak gelisah

Bicara kita adalah bicara sufi

Tanpa suara dan kata-kata

Kerana penghubung kita adalah suara hati

Bertemu berpisah kerana Allah…"

Kehidupan berumah tangga jauh lebih mencabar. Kami berdepan dengan kehidupan yang sibuk dan amat menekan. Kami sesekali membayangkan, kehidupan yang 'seperti orang lain'. Habis kerja pulang ke rumah. Hujung minggu bersiar-siar di taman, membeli barang keperluan di pasar, dan melawat sanak saudara yang jauh dan dekat. Namun, selepas bertahun kami mendirikan rumah tangga, diri ku hanya berpeluang 6 bulan saja tinggal di Johor Bahru bersamanya...ketika itu bekerja di salah sebuah hotel di sana...sebelum itu, diri ku berulang alik setiap minggu Malacca-Johor Bahru. Kesibukan kami tidak pernah berkurang, malah jadual diri ku dan isteri semakin ketat.

ERTI KEBAHAGIAAN

Apa yang diri ku sedar selama ini, ramai orang merasa bahagia dan gembira apabila dapat meluangkan banyak masa bersama keluarga. Namun, diri ku mempunyai masa yang amat terhad bersama keluarga. Jadi, apa erti kebahagiaan dalam hidup ku? Soalan ini kerap ditanya oleh isteri ku...bukan mudah untuk dijawab.

"Kebahagiaan rumah tangga bukanlah pada kuantiti masa yang diluangkan bersama isteri dan anak-anak. Penentunya adalah kualiti. Berapa ramai yang meluangkan banyak masa bersama keluarga, tetapi hakikatnya mereka tidak bersama. Mereka sebumbung tetapi masing-masing mengadap TV, tidak berkomunikasi. Sekiranya diri ku pulang ke Johor Bahru, sentiasa cuba pastikan setiap masa yang ada untuk bersama isteri , digunakan sebaik mungkin untuk benar-benar bersama.

PENGHARGAAN BUAT SEORANG ISTERI

Terima kasih kepada isteri ku kerana bersabar dengan segala ujian yang menimpa kehidupan selama ini. Terima kasih kerana bersama ku menyedari bahawa kita tidak mungkin hidup tanpa ujian kerana ujian-ujian itulah sebenarnya kehidupan kita.

Terima kasih juga kepada isteri ku kerana tidak menambat kaki ini untuk terikat di rumah. Seorang isteri yang menghalang suaminya keluar berjuang, akan sentiasa memiliki suami yang sentiasa mahu keluar. Seorang isteri yang menggalakkan suaminya keluar berjuang, akan sentiasa menerima kepulangan suami yang sentiasa berusaha untuk pulang. Perginya suami atas dorongan isteri, adalah pemergian yang dibayangi kepulangan.

Semoga cinta dan kasih kepada isteriku terus mekar pada sebuah rumah tangga yang dibina atas rasa kehambaan. Hamba yang sering memikirkan peranan, dan gemar memberi kebaikan. Apabila peranan saling ditunaikan, berhasillah segala hak yang ditentukan. Moga Allah terus mengurniakan kepadaku, kebahagiaan bersama isteri dan anak-anak, kesejahteraan dan kebahagiaan hidup, dengan siraman barakah dari Allah, Tuhan yang kerana-Nya, kami bertemu. InsyaAllah..Amin

~Nukilan..Imran Nordin, suamimu~