Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, September 9, 2009

Apabila kucing pandai....

--> ni mungkin dah lulus ujian kot...flying colours maybe


--> Salah satu gaya Prince Nassim yang diilhamkan.


--> Mungkin Silat diilhamkan dari gaya nie (ada ke??)


--> "Float like a butterfly, sting like a bee, there will be no other like Ali.
(mungkin ilham ini dipinjamkan kepada Muhammad Ali)


--> Tendangan yang dipinjamkan kepada Bruce Lee..



~~ Just for fun for the super duper cat lovers.... meow meow!!!

Saturday, July 18, 2009

Waniee's engagement day (my sister)

Pd. 4 Julai 2009 (Sabtu)...di Bandar Selesa Jaya, Johor Bahru...
berlangsungnya Majlis Pertunangan Syazwaniee & Mohd Hapiz....
she is my younger sister...

Rombongan meminang dari Ampang Selangor.



Anyway, thanx for all the family members..both side..smua yg memeriahkan majlis nie...
Congrats Angah & Hapiz ;-D

Tuesday, May 5, 2009

1st, 2nd & 3rd May 2009..long weekend

Hoye!! Hoye!!! Hoye!!!! Cuti datang lagi..... everyone knows that i'm looking forward for the long long long weekend...

Slalunye, every weekend, after school on Saturday.. slalu balik umah Mama..lunch time..but this week, Mama went to KL..visit my younger sister Eiqa. So, my husband and I decided..jalan2..shopping2...makan2..

"Huhu....pisang @ JUSCO Bukit Indah pun jadi mangsa"

"Honey dearie....i'll cook for you......ur favourite yaa.... Lamb Shoulder"

"Hmmm....nak shopping pe plak pas ni...."

Around 7 o'clock (1st May) went home..seperti yg dijanjikan, hubby yg msk..he cooks "Black Pepper Lamb Shoulder".....yummy yummy yummy!!! Hubby da ajar byk kali, tp tetap x confident nk msk sendiri...Hahahaha, bila la i nak pandai masak western nie.. stakat pasta tu bleh la... :)


"On the 2nd of May..have lunch @ Nando's JUSCO Bukit Indah"

"1 set half quarter Extra Hot & 1 set half quarter Hot Peri-peri"

"Smile on the plate...very funny yea.... ;p"

Friday, April 17, 2009

Hari Lahir yg ke 30..17 April 2009

Assalamualaikum..

Kehidupan adalah suatu yang susah hendak ditafsirkan. Tiada pernah ada kesudahan. Setiap hari adalah suatu pembaharuan. Suatu permulaan... cerita buat seseorang insan.
Manusia bagai karakter bernyawa. Memainkan peranan dalam sandiwara dunia. Masalah datang untuk menduga. Keimanan insan yang bergelar manusia. Adakah tabah... ataupun kecundang. Manusia tentukan nasibnya. Allah berikan yang terbaik untuknya.


Tiap saat yg berlalu tak mungkin dapat diulang kembali..

no such thing as jam Doraemon , Nobita’s secret drawer and no such thing like time machine shown in ‘back to the future’..never..

Ada orang kata, makin banyak hadiah makin orang sayang tandanya..Saya tak kisah (erti kata hadiah bukan tanda kasih)…itu bukan menjadi matlamat…Siapa yang memberi, ku tahu ikhlas dari hati..kepada yang tidak, ku tahu doa mengiringi..

Apa lagi yang menjadi kebanggaan dunia bila ku terkenang bicara ini..“you can’t take it when you GO”

So, setelah ntah apa apa ntah bebelan saya, apa pula erti ulang tahun kelahiran bagi saya?

Dulu, saya seperti kanak-kanak yang lain..menanti ulangtahun kelahiran dengan hadiah dan ucapan rakan-rakan dan orang tersayang..asyik mengira hari untuk tiba saat istimewa itu..

Tapi tidak kini setelah erti hidup mengajar saya..

Ulang tahun kelahiran bukan milik saya..bukan memori saya tetapi flash back pengorbanan seorang ibu yang mengandung selama 9 bulan dengan penuh dugaan dan kesabaran..malah, ulangtahun kelahiran ini menjadi saksi pengorbanan mama melahirkan saya..bersabung nyawa demi anakmu yang tercinta..

Its true, saya jaguh dari jutaan sperma yang turut ‘mahu’ disenyawakan..namun sungguh benar lagi bahawa semua itu dengan kehendakNYA..dan asal saya seperti dalam Quran hanyalah dari setitis air mani..

Ulangtahun kelahiran saya mengimbau pengorbanan Mama dan Papa yang membesarkan..lantas bertambahlah kasih sayang pada mereka..

Secara logik, lumrah sesama manusia, sebagai anaklah yang kena bagi hadiah kepada ibu dan ayah tapi sayang seribu kali sayang, apa yang berlaku kini sebaliknya, yang berlaku bila tiba hari ulangtahun kelahiran kita..
pernahkah kita mendahulukan hari ulangtahun bersejarah itu dengan ucapan penghargaan buat insan istimewa ini selagi hayat mereka masih ada????

Buat Mama dan Papa, tiada yang lebih indah dari mengetahui diriku adalah milik kalian..darah yang mengalir dalam tubuh ini adalah dari kalian berdua..tiada ucapan penghargaan mahupun hadiah yang setanding untuk diberikan namun doa buat Mama dan Papa akan terus ku kirimkan..setiap pesanan yang diberikan akan sentisa menjadi bekalan dalam menjalani hidup ini..moga keluarga yang dibina menjadi hadiah yang paling berharga buat kita semua..

Ya ALLAH, di hari ku mengenang kebesaranMU dan kehebatan 2 insan dalam hidupku, membesarkan ku,..ku mohon padaMu kurniakan bagi mereka kesejahteraan dunia dan akhirat..pengampunan dan keselamatan dari bencana dan azab dunia dan juga akhirat..kurniakan mereka keteguhan iman dan syurgaMU. .

Juga di hari ini, ku mohon padaMU... sampaikanlah diri yang kerdil ini kepada kesempurnaan rukun ISLAM dan rukun IMAN..

Ya ALLAH, rahmatilah insan-insan yang bersamaku di waktu susah dan senangku..tempatkan mereka dalam golongan yang Engkau rahmati dengan nikmat iman dan Islam..diri yang lemah ini memohon perlindungan daripadaMu... dari fitnah (syirik) akhir zaman dan dari segala macam fitnah yang boleh menggugah imanku..

Buat suami yang tercinta, terima kasih tidak terhingga...juga buat rakan-rakan yang tidak pernah lupa ulangtahun kelahiranku...


juga padaMu Ya Allah...ku mohon keberkatan dan keredhaan usiaku yang dipinjamkan olehMu..amin...

Monday, April 6, 2009

ERTI SEBUAH PERKAHWINAN yang dibina...dedicated to my lovely wife Shareida Mohd Saleh

Bulan ini (April 2009), sudah 2 tahun 7 bulan berumahtangga, bergelar suami kepada seorang isteri. Sungguh pantas masa berlalu. Diri ku dan isteri menempuh kehidupan yang penuh dengan pelbagai teladan dan sempadan.

Cabarannya memang besar

Cabaran pertama adalah soal harga diri. Kami menilai kehidupan dengan penilaian yang sama dan di situlah keserasian serta persamaan itu wujud. Namun kehidupan ini tidak seideal itu. Kami perlu berhadapan dengan persepsi masyarakat. Seandainya kami mudah tergugat oleh "apa yang difikirkan oleh orang lain", maka tentunya kami akan keletihan menangkis sinis dan sindiran yang ada. Apalah yang ada pada sebuah perkahwinan, jika ukurannya adalah pada sebuah kebendaan? Apakah yang mampu ditawarkan oleh seorang suami seperti diri ku kerana diri ku tidak pernah menjanjikan kekayaan buat dirinya. Kami saling menerima, atas realiti itu.

Cabaran kedua adalah soal komitmen kerja. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kehidupan berumahtangga adalah sesuatu yang amat mencabar bagi seorang guru. Khususnya isteri ku, tempat dia bertugas sentiasa penuh dengan aktiviti, tidak termasuk hari persekolahan Isnin-Jumaat yang wajib. Diri ku, seorang suami kepada seorang guru yang lebih banyak ditinggalkan kerana jadual sekolah yang tidak berperi kemanusiaan. Bayangkan, hampir setiap Sabtu, isteri ku perlu ke sekolah, menjalani aktiviti kokurikulum, kelas tambahan atau aktiviti lain yang katanya tidak boleh dilakukan pada waktu persekolahan.

Rutinnya begitu, menyebabkan dia tidak berpeluang ke Kuala Lumpur, untuk melawat ku di sana. Biar diri ku saja yang datang melawat isteri di Johor Bahru. Itu lebih baik dan melegakan.

Sanggupkah diri ku dan dirinya untuk berhadapan dengan semua itu?

Bersyukur. Ketika membuat keputusan untuk berumah tangga , apa yang difikirakan ialah peluang untuk menjalani kehidupan yang lebih bahagia. Amat gembira membayangkan betapa gembiranya dapat memasak yang sedap-sedap untuk isteri (sudah jemu untuk menjamu kawan-kawan bujang yang tidak pernah kenyang). Sungguh gembira membayangkan suatu hari nanti jika ada rezeki, diri ku dapat mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak. Malah paling menggembirakan, perjuangan ku di alam pekerjaan dapat dikongsi bersama seorang isteri. Ia menyempurnakan sudut kehidupan seorang lelaki.

TUJUAN BERUMAHTANGGA

Tanpa disedari, mendapat kekuatan untuk menerima kehadiran seorang isteri yang bakal sibuk, maha sibuk. Kekuatan itu datang dari satu prinsip hidup ku yang penting, " ERTI HIDUP PADA MEMBERI".

Ya benar, mahu berumah tangga bukan untuk menerima, berumah tangga kerana mahu memberi. Memberi kasih sayang, memberi perhatian, memberi nafkah, memberi kebaikan. Semuanya itu adalah peranan suami di dalam sebuah rumah tangga. Dan seandainya diriku menerima apa-apa kebaikan dari isteri, semuanya mengundang rasa syukur, walau sekecil mana sekali pun kebaikan itu.

"Dalam soal berumah tangga, janganlah terlalu memilih dan hanya mencari yang paling sempurna. Jika kita mahu yang paling sempurna, maka nanti apabila kita membuat keputusan untuk menerima seseorang, kita menganggapnya sebagai seorang yang sempurna. Jika rumah tangga dibina atas fikiran seperti itu, kita tidak expect sebarang kekurangan. Maka selepas berumah tangga, hanya kekurangan isteri sahajalah yang sering terlihat di mata, kerana kita menjangkakan kesempurnaan. Terimalah seseorang, seadanya. Kebaikannya disyukuri, kekurangannya diredhai".

DIIJABKABULKAN

Setelah bertunang, kami diijabkabulkan pada 1 September 2006. Dengan hanya sekali lafaz, sahlah hubungan kami sebagai suami dan isteri, seperti yang kami doakan.

Kami tidak berpeluang untuk tinggal bersama sebumbung, isteri di Johor Bahru dan diri ku pula di Genting Highlands ketika itu. 3 minggu selepas kenduri, dengan linangan air mata, dirinya merestui kepulangan ku ke Kuala Lumpur. Lebih kurang setahun juga, kami hanya berjumpa sebulan sekali..sungguh tersiksa. Bila pulang bercuti, rutin harian ku menyediakan segala-galanya untuk isteri..seawal 6.45 am menghantarnya ke sekolah..kerja2 rumah...ala menjadi Mr. Mama... :)

Namun bersyukur kerana mempunyai serba sedikit keupayaan untuk menguruskan rumah tangga. Memasak, menghantar makan kepada isteri tepat pukul 10 am seandainya beliau teringin nasi goreng kampung dan seterusnya menguruskan hal ehwal rumah. Mind-setting berumah tangga untuk memberi , amat kuat dalam membekalkan rasa gembira di sepanjang pengalaman itu.

TERPISAH

Kami sentiasa berjauhan. Ia tidak mudah. Namun kerana 'ada'nya Allah, kami saling merestui pengorbanan ini. Seperti yang tertulis di dalam lirik nasyid, "Bertemu tidak jemu, berpisah tak gelisah".

"Pertemuan menghadiahkan kita kasih sayang

Jika cinta satu pasti bertemu

Ia tidak ternilai

Kerana di antara hati kita

Telah tiada antaranya lagi

Yang ada hanya cinta kasih Ilahi

Kita berpisah hanya sementara

Kerna pertemuan bukan milik kita

Jasad dan suara berjauhan sentiasa

Namun cinta abadi

Biar berpisah selalu menderita

Kerna syurga menagih ujian

Sedang neraka dipagari oleh nikmat

Bertemu tidak jemu

Berpisah tak gelisah

Bicara kita adalah bicara sufi

Tanpa suara dan kata-kata

Kerana penghubung kita adalah suara hati

Bertemu berpisah kerana Allah…"

Kehidupan berumah tangga jauh lebih mencabar. Kami berdepan dengan kehidupan yang sibuk dan amat menekan. Kami sesekali membayangkan, kehidupan yang 'seperti orang lain'. Habis kerja pulang ke rumah. Hujung minggu bersiar-siar di taman, membeli barang keperluan di pasar, dan melawat sanak saudara yang jauh dan dekat. Namun, selepas bertahun kami mendirikan rumah tangga, diri ku hanya berpeluang 6 bulan saja tinggal di Johor Bahru bersamanya...ketika itu bekerja di salah sebuah hotel di sana...sebelum itu, diri ku berulang alik setiap minggu Malacca-Johor Bahru. Kesibukan kami tidak pernah berkurang, malah jadual diri ku dan isteri semakin ketat.

ERTI KEBAHAGIAAN

Apa yang diri ku sedar selama ini, ramai orang merasa bahagia dan gembira apabila dapat meluangkan banyak masa bersama keluarga. Namun, diri ku mempunyai masa yang amat terhad bersama keluarga. Jadi, apa erti kebahagiaan dalam hidup ku? Soalan ini kerap ditanya oleh isteri ku...bukan mudah untuk dijawab.

"Kebahagiaan rumah tangga bukanlah pada kuantiti masa yang diluangkan bersama isteri dan anak-anak. Penentunya adalah kualiti. Berapa ramai yang meluangkan banyak masa bersama keluarga, tetapi hakikatnya mereka tidak bersama. Mereka sebumbung tetapi masing-masing mengadap TV, tidak berkomunikasi. Sekiranya diri ku pulang ke Johor Bahru, sentiasa cuba pastikan setiap masa yang ada untuk bersama isteri , digunakan sebaik mungkin untuk benar-benar bersama.

PENGHARGAAN BUAT SEORANG ISTERI

Terima kasih kepada isteri ku kerana bersabar dengan segala ujian yang menimpa kehidupan selama ini. Terima kasih kerana bersama ku menyedari bahawa kita tidak mungkin hidup tanpa ujian kerana ujian-ujian itulah sebenarnya kehidupan kita.

Terima kasih juga kepada isteri ku kerana tidak menambat kaki ini untuk terikat di rumah. Seorang isteri yang menghalang suaminya keluar berjuang, akan sentiasa memiliki suami yang sentiasa mahu keluar. Seorang isteri yang menggalakkan suaminya keluar berjuang, akan sentiasa menerima kepulangan suami yang sentiasa berusaha untuk pulang. Perginya suami atas dorongan isteri, adalah pemergian yang dibayangi kepulangan.

Semoga cinta dan kasih kepada isteriku terus mekar pada sebuah rumah tangga yang dibina atas rasa kehambaan. Hamba yang sering memikirkan peranan, dan gemar memberi kebaikan. Apabila peranan saling ditunaikan, berhasillah segala hak yang ditentukan. Moga Allah terus mengurniakan kepadaku, kebahagiaan bersama isteri dan anak-anak, kesejahteraan dan kebahagiaan hidup, dengan siraman barakah dari Allah, Tuhan yang kerana-Nya, kami bertemu. InsyaAllah..Amin

~Nukilan..Imran Nordin, suamimu~

Friday, March 20, 2009

Eian Iasha..akhirnya bersatu (part 1)


Setiap insan pasti mengimpikan kebahagiaan. Begitu juga aku.. saat2 yang paling membahagiakan hidup aku selama ini & stakat ini adalah saat aku diijabkabulkan dengan insan yang aku sayang selain mempunyai keluarga yang membahagiakan..

Klu diingat2 kembali, zaman bercinta (cinta monyet org kata), zaman bercinta hinggalah saat2 diijabkabulkan, perasaan lucu, sedih, kecewa, kata orang kalo dah jodoh tu takkan kemana.. walau kita lari macam mana pun, 'si dia' tetap datang...btul btul btul.... Klu nak diceritakan sumenye, terlalu panjang rasenye.. hehe..mmg xminat wt essay nie...

Aku mula kenal Imran (Muhamad Imran bin Muhamad Nordin), mase aku Form 1, bermula la cerita di alam bercinta. Kwn2 pun xsuka..Im merupakan atlit lompat tinggi..I adore him very much!!! Minat kt rambut dia yg mcm wt rebonding & hitam giler..kalah rambut aku coz originaly blonde..ahaks! Aku plak ms tu atlit olahraga sek..dipendekkan crite..Im pindah sek lain ikut parents brtukar tmpt keje. Hubungan kami stil lg on..kdg2 off gak.

Make it short & brief la ye...terlalu banyak dugaan dan rintangan yang datang.. yelah, bukan semua org, kwn2 (trmasuk family) bole terima hubungan ini tapi Alhamdulillah, klu dia mmg diciptakan untukku, takde sape yang dapat menghalang. Dalam menempuh alam bercinta aku yang banyak menduga perasaan dan hatinya. Aku menerima dia seadanya. InsyaAllah, semoga hubungan ini berkekalan..

Mac 2005 (xingt tarikhnye) rombongan merisik datang dari Tangkak seterusnye Majlis Pertunangan pada 18 Jun 2005. Alam pertunangan sesuatu yang indah tapi mcm biasa la trlalu hebat dugaannya.. aku plak ms tu tgh wt KPLI kt Maktab Perguruan Batu Pahat..kdg2 trpikir gak mcm xjadi nk teruskn perkahwinan ni...tp bila trasa nak kawen cpt, mama & papa kata tunggu aku abis blajar dlu...hehehe..xsaba plak..

Pas aku tamat pengajian KPLI, posting kt one of the school in Johor Bahru, Im plak masih di KL. Wedding preparation pun bermula la..hantaran, trmasuk la cr umah sewa utk kami brdua. 2 bln sblm tiba hari bahagia, aku da dpt umah sewa, dkat je ngan sek ...so,brusaha lg utk memenuhkn umah tu dgn kelengkapan asas..Imran byk mmbantu. Thanx a lot!

Rase cinta yang kuat ni berterusan hingga la kami selamat diijabkabul pada 1/09/2006. Hanya Tuhan yang tau perasaanku pada waktu itu, yang pasti aku amat bersyukur padaNya atas kurniaanNya ini..~bersambung~



"You work to live, not live to work"

In today's fast paced working environment, more and more people are becoming workaholics. So do I..for me..the word "Workaholism" is defined as a compulsive need to work. Workaholics generally never stop working physically or mentally and always put work at the top of their priority list.

Working hard is a good thing but there’s a fine line between working hard and becoming a workaholic. Workaholism poses both physical and mental health risks resulting in damaged interpersonal relationships, health problems, diminished life satisfaction, distorted thinking and impoverished social relationship.